Gunakanlah Nikmat-Nya Untuk Keredhaan-Nya


Bertelut, berlutut dan sujud kepada Tuhan yang mencipta kamu

Kalau bukan Tuhan engkau tidak wujud di dunia ini

Puji dan pujalah sepuas-puasnya kepada Tuhan kerana rahmat dan nikmat-Nya

Gunakanlah nikmat-Nya untuk keredhaan-Nya

Besarkanlah dan agungkanlah Tuhan Yang Mempunyai Sifat-Sifat kesempurnaan

Semampu yang mungkin yang dapat kamu lakukan setiap waktu

Minta ampunlah kepadaNya, kerana tidak mampunya kita membesarkanNya mengikut selayaknya

Pengakuan kelemahan kita itu moga-moga dimaafkan

Sucikanlah Tuhan, yang memang tidak ada penyerupaan

Sucikanlah Dia pagi dan petang semampunya

Banyakkanlah istighfar kepada-Nya selalu

Kerana kita sememangnya selalu bersalah dan cuai

Takutilah Allah di dalam sebarang perkara dan hal

Kerana ia akan dipersoal kepada kita di Akhirat nanti

Setiap perkara walau sebesar habuk akan ditanya di sana

Tidak ada seorang pun yang terlepas daripada pertanyaanNya

Bersungguh-sungguhlah beribadah, banyakkan membuat kebaikan

Kejahatan akan dihapuskan oleh kebaikan

Jangan lupa jangan cuai di dunia ini

Agar di Akhirat nanti kita tidak menyesal

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi